Halaman

Friday, January 14, 2011

Edisi 60: Arsenal tewas! A bless in disguise maybe?

Kecewa.. itulah perkara yang membelenggu para penyokong Arsenal ketika ini.. apatah lagi setelah gagal menewaskan Ipswich Town dalam pertembungan semi final Carling Cup.. 

Kebanyakan pemain kelihatan begitu letih dan kurang kreativiti untuk mencipta gerakan.. ini perkara yang perlu diberikan penekanan oleh pengurus Arsene Wenger..

Bahagian pertahanan sebagaimana yang dijangkakan mengalami gelombang tak tentu hala apabila bercelaru untuk mengekang asakan lawan.. ayuh Gunners bangkit..

Berfikir kembali.. mungkin ini sebenarnya satu rahmat buat The Gunners untuk tewas dan seri dalam dua perlawanan yang mudah.. ianya bagus supaya para pemain kembali tersentak dan bangkit melawan.. GEGAR!

Edisi 59: Liverpool cap ayam! SAH!

Ini merupakan gambar yang diperolehi dari rakan di Facebook. Walaupun sebenarnya dah lama gambar ini beredar di internet oleh pereka yang tidak diketahui.. namun sangat sesuai untuk dikongsikan semula.. yeha!


So Kopites jangan marah aaa.. huhu..

Wednesday, January 12, 2011

Edisi 58: Wonderkid sedang diuji di Cardiff City..

Perkembangan bolasepak Malaysia semakin pesat dengan pencapaian dan bakat pemain muda yang menonjol.. terkini ialah Tam Sheang Tsung.. pemain yang baru berusia 15 tahun sedang dinilai bakatnya oleh pasukan Cardiff City selama tiga bulan..


Beliau yang sedang beraksi di J-League bersama pasukan Sagan Tosu dijemput oleh Cardiff City untuk mengembangkan bakatnya.. semoga dia dapat peluang untuk menunjukkan bakat sebenarnya.. ALL THE BEST!

Edisi 57: Ben Foster buat lawak badut..

Bekas penjaga gol harapan Red Devils ini berjaya membadutkan dirinya dan sekaligus menjadi cemuhan para penyokong pasukan Birmingham City yang sedang diwakilinya.. 

Dalam pertemuan Birmingham City menentang West Ham, ianya berkesudahan West Ham berjaya menewaskan Birmingham City 2-1 setelah Ben Foster dengan mudah melepaskan gol rembatan dari Carlton Cole melalui CELAH KANGKANG beliau!


Mungkin dia perlu belajar dari Khairul Fahmi bagaimana untuk menjaga gawang! Tak pun mungkin Khairul Fahmi boleh berikan sehelai dua kain pelikat kepada Ben Foster! Haha..

Edisi 56: Carling Cup Semi Final..

Malam ini bakal berlangsung pertemuan antara Arsenal menentang Ipswich Town dalam perebutan untuk ke final Piala Liga (Carling Cup). The Gunners menjadi pasukan pilihan untuk memenangi piala tersebut setelah pasukan rivals seperti Chelsea dan Man United tersingkir..

Namun beberapa berita kecederaan agak merunsingkan seperti Thomas Vermaelen yang masih cedera di achilles dan memerlukan pembedahan serta rawatan sekurang-kurangnya lagi enam minggu.


Manakala seorang lagi pemain pertahanan Arsenal, Sebastian Squillaci juga mengalami kecederaan hamstring dan ini memaksa Le Prof untuk mendapatkan pemain pertahanan baru dalam mengekalkan keupayaan pertahanan Arsenal di tahap yang terbaik..


Walaupun begitu.. untuk pertembungan malam ini, dijangkakan Arsenal akan membelasah Ipswich Town yang turun tanpa Roy Keane selaku jurulatih yang dipecat.. haha..

Friday, January 7, 2011

Edisi 55: Nani dah mula eksen!.. UNBEATEN RECORD?

Anak Rusa Nani mudah jadi riak.. terkini dilaporkan Nani pemain sayap Manchester United dah mula berangan untuk cipta rekod 'unbeaten' untuk semusim sebagaimana yang pernah ARSENAL lakukan..


Biasalah.. Manchester United perlu mencontohi Arsenal untuk buat rekod tersebut.. kerana tiada pasukan lain yang mampu membuat rekod tersebut sebelum Arsenal..


Haha!

Thursday, January 6, 2011

Edisi 54: Manchester City si pengecut!

Pertemuan yang membosankan apabila pasukan Manchester City yang dibarisi oleh pemain BINTANG-LA-SANGAT bermain dengan corak pengecut.. serta bermain kasar untuk menyekat kreativiti pemain Arsenal..


Mereka bertahan sepanjang perlawanan untuk menyekat kemaraan serangan Arsenal.. dah serupa seperti BUS-PARKING-IN-FRONT-OF-GOAL! Purely stupid..


Terbukti memang Manchester City gerun dengan Arsenal.. sehinggakan Bacary Sagna yang cool pun jadi HANGIN SATU BADAN!..


Pablo Zabaleta sux! Hahaha.. keputusan akhir seri 0-0

Makluman

Untuk pengetahuan para pengikut dan pembaca Komik Sukan, pihak pentadbir meminta maaf kerana tiada update terbaru..

Ini berlaku kerana kesuntukan masa oleh pentadbir blog kerana perubahan jadual kerja. Ianya hanya sementara kerana proses penyesuaian masa.

Harap maklum dan minta maaf.

Monday, January 3, 2011

Edisi 53: Berterusan menangis wahai Chelsea..

Chelsea hampir saja menunjukkan peningkatan prestasi tetapi ianya hanyalah seketika.. ternyata kuda tua sememangnya lekas klimaks.. tak mampu nak bertahan lebih lama.. walaupun kemenangan hanyalah tinggal beberapa ketika saja lagi tetapi itulah Chelsea..


Uncle Roti kena balik jual roti nampaknya ni.. semenjak Ray Wilkins dipecat, prestasi Chelsea merudum tahap tenuk kena buasir.. apakan daya.. itulah kemegahan para penyokong Chelsea..


Petr Cech juga dikatakan semakin rabun sehinggakan gagal untuk menangkis serangan Aston Villa yang tak berapa nak bagus tu.. pemakaian sarung kepala seumpama Magneto juga tak memberikan apa-apa kelebihan pada kemampuan Petr Cech..


Chelsea dan penyokong mereka boleh melambai selamat tinggal kepada piala untuk musim kali ini.. kehkehkeh.. Blues la sangat..

Edisi 52: Birmingham diratah Arsenal..

Kenangan Eduardo diterjah masih lagi segar diingatan para peminat dan penyokong tegar Arsenal.. tetapi kali ini Birmingham menerima nasib yang berbeza..


Walaupun Birmingham berjaya menjinakkan Manchester United Setan Merah dengan keputusan seri tetapi kali ini mereka tak mampu mengekang asakan Arsenal yang dibarisi dengan pemain hebat seperti Fabregas, Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan sebagainya..

Birmingham dihukum dengan 3 jaringan oleh van Persie dan Samir Nasri serta 1 gol sendiri oleh pemain Birmingham..


Bekas pemain Arsenal, A. Hleb gagal untuk melakukan apa-apa sumbangan yang mampu menyekat kemaraan The Gunners.. dan kita tahu Hleb amat menyesal meninggalkan Arsenal.. SERVE YOU WELL!

Sunday, January 2, 2011

Edisi 51: Seribu kali sayang!

Manchester United katanya menggunakan khidmat DUKUN! (kata penyokong dari Indonesia) kerana mereka terlalu bernasib baik.. 

Dan Wayne Rooney menjaringkan gol seawal minit ke 3.. 


Macam biasa, pengadil akan berat sebelah kepada Manchester United.. pengadil Chris Foy juga tidak terkecuali apabila tidak melayangkan kad merah kepada Gary Neville yang menjatuhkan Graham Dorrans..
Odemwingie penalti pun takleh nak masuk..

Keputusan penuh: WBA 1-2 Manchester United


Saturday, January 1, 2011

Edisi 50: Pakcik GOOGLE memang bijak!

Dengan kemajuan teknologi yang sedia ada, kita semakin mudah mendapatkan maklumat yang diingini.. terutamanya enjin carian Google.. sehinggakan ada yang menggelar Pakcik!

"Kalau kau tak tahu.. tanya aje pakcik google.. mesti dia jawab!" itulah antara perbualan kita hari ini apabila menghadapi masalah mendapatkan maklumat..

Dan ternyata Pakcik Google seorang yang bijak.. seperti gambar dibawah..

Foto kredit OhBulan!

Dan terbukti.. INDON pun tidak dipandang oleh Pakcik Google.. Did you mean MALAYSIA? Exactly! Haha..

Edisi 49: WBA bakal leburkan rekod Red Devils?

Kurang dari dua jam daripada artikel ini ditaip, pasukan West Bromwich Albion akan bertemu Manchester United dan ianya merupakan perlawanan pertama untuk tahun 2011 ini..

Apakah skuad Alex Ferguson mampu meneruskan rekod tanpa kalah mereka atau ianya akan lebur ditangan pasukan yang lemah?..


Mampukah Wayne Rooney mengembalikan kecemerlangan beliau? Atau Van Der Sar akan buat lawak badut sekali lagi?


Walau bagaimana cara sekalipun, pasti seteru Setan Merah akan bersorak kegirangan sekiranya Manchester United melingkup menentang WBA nanti..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...