Halaman

Friday, April 30, 2010

Edisi 15: Liverpool kecewa & Fulham bergembira..

Liverpool telah dikeluarkan oleh Atletico Madrid. Walaupun memenangi perlawanan 2-1 namun agregat jaringan memihak kepada Atletico Madrid. Aquilani menyamakan agregat dan perlawanan memasuki peringkat masa tambahan, Benayoun pula mengambil giliran menjaringkan gol menyaksikan tuan rumah mendahului namun pada saat akhir Diego Forlan menyumbat masuk dan membawa Atletico Madrid ke finale Europa Cup.

Kesudahan yang amat diraikan oleh Diego Forlan dan para penyokong Atletico Madrid. Kepiluan ternyata menyelubungi The Kop (atau The Corpse).. huhu

Fulham pula berjaya menundukkan Hamburg dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan Simon Davies dan Zoltan Gera. Ianya adalah satu pencapaian yang mengagumkan oleh Fulham sebagai wakil England yang berjaya diperingkat Eropah.

Apabila ditanyakan pada pengurus Fulham, Roy Hodgson mengenai resipi kejayaan ini maka dengan selamba kodok beliau menjawab, "PAKAI OTAKLAH BRO!"..

Thursday, April 29, 2010

Edisi 14: Jose Maurinho - Pimpin Inter Milan ke final UCL

Jose Maurinho terbukti berjaya menyekat Barcelona daripada melangkah ke final UCL setelah menjuarainya pada edisi lepas. Walaupun Inter Milan tewas 0-1 digelanggang keramat Nou Camp namun ianya tidak memadai untuk Barcelona melangkah lagi. Inter Milan terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Thiago Motta dilayangkan kad merah seawal minit ke 30 permainan.


Statistik perlawanan menunjukkan Barcelona menguasai permainan hampir 75% kawalan namun gagal membolosi gawang Inter yang dibenteng dengan ampuh. Inter Milan hanya mampu menangkis serangan dan tidak berupaya untuk mengatur serangan.

Pasti Samuel Eto'o kegembiraan yang teramat sangat setelah berjaya untuk ke final kali ini. Zlatan pula memiliki nasib berbeza. Mungkin dia sangka akan merasai final apabila beraksi bersama Barca namun ianya tinggal impian. TAHNIAH untuk INTER MILAN!

Wednesday, April 28, 2010

Edisi 13: Olic, Ribery & Cris - Kisah yang berbeza

Pemain Croatia ini semakin menyerlah dan berjaya membantu Bayern Munich melangkah ke finale UCL di Madrid. Olic menjaringkan hatrik untuk Bayern Munich menewaskan Lyon 3-0 di gelanggang keramat Lyon, Stade Gerland.

Olic membuktikan dirinya sebagai penyerang prolifik.

Kisah berbeza buat Cris yang dilayangkan kad merah dan antara sebab mengapa Lyon tertunduk sayu dengan harapan yang punah.

Ribery yang dilayangkan kad merah ketika pertemuan minggu lepas dilaporkan sedang berusaha untuk diberikan pengecualian dan ehsan untuk beraksi pada perlawanan akhir UCL.

Sunday, April 25, 2010

Edisi 12: E. Adebayor & K. Toure - Kembali ke Emirates dan pulang kecewa!


Perlawanan antara Arsenal dan Manchester City berkesudahan 0-0. Manchester City kelihatan hilang sengat dengan corak permainan yang lebih bertahan dan mengharapkan serangan balas. Manakala Arsenal yang bermain kemas tetapi tiada penyudah yang cukup tajam untuk menembusi gawang Man City.


Walaupun van Persie mengetuai pasukan namun ternyata dia dikawal ketat oleh Kolo Toure. Abou Diaby pula dikekang oleh Viera. Shay Given terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada bahu setelah cubaan dari Abou Diaby berjaya ditepis keluar.

Saturday, April 24, 2010

Edisi 11: W. Szczesny, K. Toure, Adebayor & Viera - Sebelum & Selepas..

Kata Prof. Wenger, Szczesny (macam mana nak sebut aku pun taktau) bakal menjadi penjaga gol utama pasukan Arsenal. Kini beliau sedang dipinjamkan semusim bersama Brentford. Prestasinya memuncak dan mendapat pelbagai pujian daripada para pemerhati sukan. Adakah Zesny (pendek sikit nama) mampu menjadi penjaga gawang Arsenal yang kental sebagaimana Seamann dan Lehmann suatu masa dulu?


Kolo Toure merupakan bekas pemain Arsenal yang telah merajuk membawa diri ke Manchester City apabila dikatakan bertegang lidah dengan William Gallas. Toure merupakan pemain terakhir dari era The Invincible yang meninggalkan Arsenal. Malam ini beliau akan beraksi bersama Arsenal tetapi sebagai musuh..

Patrick Viera, bekas kapten Arsenal yang mengemudi pasukan dengan kejayaan bersejarah sehinggakan digelar The Invincibles apabila melakukan semusim tanpa kalah 49 perlawanan berturutan. Kini dia juga menjadi pemain Manchester City tetapi pada usia sekarang, mungkin kesannya hanyalah kecil..

Adebayor yang pernah disanjung oleh para penyokong Arsenal kini menjadi musuh utama The Gunners. Ini kerana sikap dan perangainya yang seumpama kacang lupakan kulit, monyet lupakan pisang dan pelbagai lagi peribahasa atau peribumi atau apa sahaja yang dirasakan sesuai.


Adebayor telah menjadi duri yang berbisa untuk Arsenal pada perlawanan sebelum ini dan apakah akan menjadi duri dalam daging pada perlawanan malam nanti?

Edisi 10: Mandela - Tokoh Yang Terpinggir



Friday, April 23, 2010

Edisi 9: D. Forlan & S. Gerrard - Atletico tujah Liverpool 1-0





Perlawanan separuh akhir Liga Piala Europa berkesudahan dengan Liverpool terpaksa pulang hampa. Gol jaringan oleh Diego Forlan sudah cukup untuk menghadiahkan kekecewaan pada Liverpool dan penyokong mereka.


Steven Gerrard didapati masih gatal pungkok dengan beberapa aksi yang kurang sopan seperti gambar diatas. Ini menyebabkan Forlan yang juga bekas pemain MAN UNITED GAY menujah dengan penuh minat sehingga berjaya membolosi gawang Liverpool.

Thursday, April 22, 2010

Edisi 8: Benitez & The Kops






Persaingan kejuaraan Piala Liga Europa akan berlangsung malam ini antara Atletico Madrid menentang Liverpool FC. Pasukan Liverpool telah melalui perjalanan melebihi 1000km menaiki keretapi kerana isu penerbangan yang terganggu oleh letusan asap gunung berapi di Iceland.

Berdasarkan prestasi turun naik Liverpool.. jelas bahawa tunggak utama mereka iaitu Steven Gerrard gagal menampilkan aksi cemerlang apabila buah hatinya Alonso membuat keputusan meninggalkan beliau dan berhijrah mencari kekasih baru di Real Madrid. Besar kemungkinan Gerrard akan menemui Alonso di Madrid untuk melepaskan rindu dengan bercemolot sepuasnya.. The Reds? because of too much kissing.. heheh!

Edisi 7: Gambar Lucu




Edisi 6: A. Robben & J. Toulalan - Bayern Munich tewaskan Lyon 1-0

Gol yang dijaringkan oleh Arjen Robben menjadi pembeza kepada kemenangan Bayern Munich.

Toulalan berjaya mengutip kad kuning kedua dalam masa 3 minit. Seterusnya dihadiahkan dengan kad merah!


Kedua-dua pasukan menyudahkan permainan dengan hanya 10 pemain. Franck Ribery dan Jeremy Toulalan menjadi petualang yang disingkir keluar. Namun Bayern Munich mengakhiri permainan dengan senyuman kemenangan.

Wednesday, April 21, 2010

Edisi 5: S. Eto'o & S. Keita - Inter Benam Barca! 3-1


Ternyata anak buah Jose Maurinho bangkit setelah ketinggalan 0-1 hasil jaringan Pedro. Walaupun Samuel Eto'o tidak menjaringkan gol namun pasti beliau bangga dengan pencapaian pasukannya menewaskan bekas kelab yang meminggirkan dirinya.


Zlatan Ibrahimovic pasti tak tahu mana nak letak muka dengan kekalahan tersebut.


Maurinho pula menegaskan bahawa Barcelona sememangnya tidak sedarkan diri kerana sibuk menuntut supaya diberikan penalti. Ianya berdasarkan peristiwa pasukan bimbingan Maurinho sebelum ini (Chelsea) juga pernah mengalami nasib seperti itu menentang Barca.


Inilah hukum karma.. what goes around.. comes around.

Edisi 4: Z. Ibrahimovic & S. Eto'o - Pertembungan



Pertembungan antara Barcelona dan Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA akan menyaksikan dua pemain utama yang berpindah pasukan. Zlatan Ibrahimovic ke Barcelona daripada Inter Milan manakala Samuel Eto'o daripada Barcelona ke Inter Milan. Pastinya kedua-dua pemain mahu membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik. Terutamanya Eto'o yang ditukarkan ke Inter Milan oleh Barcelona kerana mahu mendapatkan Ibrahimovic.

Seandainya Eto'o dapat menenggelamkan Barcelona, pasti mereka akan berputih mata dan menyesali tindakan menjual Eto'o ke Inter Milan.

Edisi 3: G. Neville & P. Scholes - Cinta Sejenis


Haha.. inilah kenyataannya pemain yang korang minat dan sayangi ni. Selamba kodok (pinjam perkataan Afdlin Shauki) diorang cemolot! Korang sebagai peminat tak ngeri ke? Geli oOOo.. 


MAN UNITED membawa maksud GAY! kenapa?


MAN = LELAKI
UNITED = BERSATU
maka LELAKI YANG BERSATU.. buktinya? Gambar diatas! Yeah..

Tuesday, April 20, 2010

Edisi 2: Łukasz Fabiański - BengapSki



Łukasz Fabiański merupakan seorang pemain bolasepak di posisi penjaga gol yang berasal daripada Poland. Kini sedang beraksi untuk pasukan Arsenal FC di liga perdana Inggeris sebagai pilihan kedua selepas Almunia. Walaupun pernah dikatakan sebagai penjaga gol yang mampu menggalas tugasan dengan cemerlang namun berdasarkan prestasi terkini semua itu hanyalah igauan.

Fabianski hanyalah seorang pelawak diatas padang.

Edisi 1: Manuel Almunia - Almengelamunia



Salam sejahtera semua. Ini merupakan sebuah hasil karya kreatif dari pemilik blog sekadar untuk suka-suka. Walaupun pemilik blog adalah penyokong pasukan Arsenal yang tegar namun idea untuk membuat blog sebegini dirasakan mampu meningkatkan daya kreativiti dan juga sebagai tempat luahan melalui medium yang berbeza.


Manuel Almunia merupakan seorang pemain yang berasal dari Sepanyol. Kini beraksi sebagai penjaga gawang nombor satu untuk Arsenal. Beliau pernah menunjukkan prestasi cemerlang ketika berebutkan tanggungjawab penjaga gol utama dengan Jens Lehmann namun setelah diberikan tugasan tersebut, ternyata Almunia lebih kerap mengelamun daripada menjaga gol.


Pelbagai kesilapan bodoh telah dilakukan yang menyebabkan Arsenal tersungkur dan teknik melakukan kesilapan bodoh itu telah diturunkan kepada Fabianski pula.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...