Halaman

Monday, October 31, 2011

Edisi 72: Chelsea disayurkan di Stamford Bridge! CH3L5EA 3-5 AR53NAL

MENAKJUBKAN! Arsenal mempamerkan prestasi terbaik mereka musim ini dengan menundukkan Chelsea dikubu mereka sendiri Stamford Bridge.. Habis runtuh jambatan mereka.. Singa Biru menikus akhirnya.. dan AVB semakin KELAKAR!


Pastinya dia sedang mengalami mimpi ngeri dibelasah kaw-kaw oleh Arsenal.. dan menjadikannya lebih hina.. tertunduk di gelanggang keramat sendiri..


Apakan daya.. mungkin Roman Abramovich sedang mencongak pengganti untuk AVB ketika ini.. dan fans The Blues bagaikan terkesima dengan kekalahan tersebut.. hmm TU LA TU.. hahahaha


Dan pemain termahal Chelsea 50 juta pound sterling.. hanyalah penyedap AVB agaknya.. hahahahaha..

Friday, October 28, 2011

Edisi 71: Web FAM Hacked! (AGAIN!)


Kemarahan peminat bolasepak Malaysia membuak-buak dengan isu RM50 tiket final perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada hujung minggu ini. Terbaru apabila laman rasmi FAM (http://www.fam.org.my/) juga telah digodam.

Gambar diatas adalah antara imej yang ditinggalkan oleh penggodam tersebut.

Monday, October 24, 2011

Tuesday, September 20, 2011

Edisi 69: Aksi ganas ragbi!


Ragbi.. sukan yang ganas.. berlaku juga aksi yang ganas.. 18SX!

Monday, September 19, 2011

Edisi 68: Gedebuk! terduduk Rooney..


Lawak yang mengalahkan raja lawak.. eh maharaja lawak pun kalah!.. bergegar kedai mamak dengan hamburan ketawa yang melampau-lampau bisingnya.. tapi memang lawak pun.. haha..

Dikhabarkan bahawa Rooney gagal balance badan sebab rambut dia.. hahaha..

Edisi 67: Man Utd terus megah!

Nampaknya Chelsea pun gagal menyekat kemaraan Man Utd dalam persaingan liga musim ini. Berakhir dengan keputusan 3-1 dan seharusnya jaringan gol lebih daripada itu berdasarkan peluang yang dicipta..

Ramires memang bengap nak score pun tak pandai sedangkan Sturridge mempunyai peluang yang lebih baik.. Rooney terlepas untuk menjaringkan gol daripada sepakan penalti selepas dia terjatuh terduduk sewaktu mengambil sepakan.. lawak!


Biggest flop ialah Torres.. walaupun telah menjaringkan satu-satunya gol untuk Chelsea.. peluang yang diperolehi gagal disempurnakan.. sedangkan gawang terbuka luas selepas memperdayakan De Gea.. bingai!

Berbatov pun nampaknya dah lupa macam mana nak score.. pun sama bingai!

Saturday, September 17, 2011

Edisi 66: Blackburn 4 - 3 Arsenal

PEDIH! memang pedih.. nampak sangat team Arsenal season ni fragile dan seriously BAD LUCK!.. 2 own goal? can you believe that! cuma minit-minit terakhir tu baru nampak Arsenal bersungguh attacking dan formation pun berubah 4-4-2 dengan gandingan RvP serta Chamakh mempamerkan serangan yang berbisa..
Tapi dah terlalu lewat..


Chris Samba membuktikan kenapa dia begitu prolifik dan seharusnya dibeli semasa musim perpindahan yang lepas.. mengekang asakan lawan.. dan berjaya mengasak dan membuahkan gol dari kesilapan Alex Song..

Season ni memang memedihkan untuk gooners.. dan gunners tentunya!

Wednesday, September 14, 2011

Edisi 65: Kelab Penyokong Tegar Arsenal

Kelab Penyokong Tegar Arsenal (Arsenal Hardcore Supporters Club) atau singkatannya KPTA adalah group yang berkembang dengan pesat dan pantas di facebook. Ianya sangat meriah dan bersuasana yang positif.

Dibawah ialah logo serta wallpaper yang dibuatkan khas utk rakan-rakan di KPTA.
Logo KPTA
Wallpaper #1 - Plain dan simple.
Wallpaper #2 - Victoria Concordia Crescit & Crest 125
Wallpaper #3 - KPTA + Harimau Malaya
Kesemua wallpaper diatas bersaiz 1280x800 pixels. Kalau suka sila ambil dan gunakan :) Ini juga sebagai hadiah kerana dah lama sangat tak update Komik Sukan!

Tuesday, March 8, 2011

Edisi 64: Anak Rusa Nani


Pertembungan Liverpool menentang Manchester United tempohari benar-benar memberikan impak yang besar buat pasukan Red Devils terutamanya apabila pengurus Alex Ferguson sendiri enggan memberikan komen kepada akhbar selepas perlawanan..


Anak Rusa Nani pula dikhabarkan begitu berang apabila tiada sesiapapun dari kem Manchester United yang cuba menegaskan secara terbuka mengenai kekasaran Jamie Carragher.. pada hemat Komik Sukan! walaupun memang Anak Rusa Nani dikokak oleh Carragher tetapi pengadil Phil Dowd mungkin menyangkakan Anak Rusa Nani acting!


Inilah kesan daripada acting yang dilakukan sebelum ini.. so bila dah kena bebetul.. org dah tak percaya.. well deserved!.. so Nani.. keep crying!


p/s: Ingat tak kisah pengembala kambing yang suka menipu orang kampung? katanya kambingnya dibaham serigala.. tetapi apabila perkara tersebut benar-benar berlaku.. tiada sesiapa pun yang percaya..

Monday, March 7, 2011

Edisi 63: Kunyit ramuan terbaik tewaskan setan

Haha.. tajuk edisi kali ni memang menganjing.. tapi nasiblah.. dah kalah 3 bijik.. terimalah kenyataan.. Kenny Dalglish berjaya menemui resipi kemenangan menentang Manchester United atau lebih dikenali sebagai Red Devils.. bahasa melayunya -SETAN MERAH- haha.. tak gitu?

Ternyata rahsianya ialah KUNYIT!


Dan terbukti memang SETAN MERAH alergik kepada KUNYIT sebagaimana VAMPIRE takutkan bawang putih.. hihi.. teori konspirasi!


Dan kita semua tahu.. SETAN MERAH kena tapau 3 kali oleh KUNYIT!..

Edisi 62: Arsenal sekadar seri.. tapi Manchester United lingkup!

Pada perlawanan hari Sabtu, Arsenal hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sunderland yang berhempas pulas menjaga gawang mereka. Arsenal hampir membolosi gawang Sunderland tetapi penjaga gol mereka, Mignolet beraksi dengan sangat cemerlang!

Referee ternyata gagal mengawal mutu pengadilan apabila menafikan peluang penalti sewaktu Arshavin ditolak dari belakang.. BUTE!


Tetapi kedukaan itu tidak berpanjangan kerana pendahulu liga iaitu Manchester United tewas kepada Liverpool semalam. Dirk Kuyt menjadi wira The Kops apabila mencatat hatrik apabila mendapat assist daripada pemain terbaik perlawanan iaitu Suarez. Namun Nani juga berjaya mencatatkan assist kepada Kuyt.. haha.. keputusan akhir Liverpool 3-1 Manchester United.

Ini memberikan kelebihan kepada Arsenal yang dibezakan dengan 3 mata serta kurang 1 perlawanan.

Thursday, March 3, 2011

Edisi 61: Arsenal semakin menghampiri takhta..

Maaf.. itu ungkapan pertama yang harus dimulakan sebagai tanda memohon maaf kepada pembaca Komik Sukan! kerana kekangan waktu menyebabkan isu terbaru lewat diterbitkan.

Apapun.. pelbagai peristiwa telah berlaku dan yang terbaru ialah kemenangan 5-0 Arsenal keatas pasukan Leyton Orient. Walaupun Arsenal dikecewakan oleh Birmingham minggu lepas tetapi sedikit sebanyak ianya terubat dengan hatrik oleh Nicklas Bendtner serta jaringan Chamakh dan Clichy.


Berita terbaik ialah apabila Manchester United tewas dengan kebangkitan menarik daripada Chelsea setelah mereka ketinggalan 0-1. Sehinggakan Hantu Kak Limah yang balik rumah pun pilu pasukan kesayangannya tewas..

Friday, January 14, 2011

Edisi 60: Arsenal tewas! A bless in disguise maybe?

Kecewa.. itulah perkara yang membelenggu para penyokong Arsenal ketika ini.. apatah lagi setelah gagal menewaskan Ipswich Town dalam pertembungan semi final Carling Cup.. 

Kebanyakan pemain kelihatan begitu letih dan kurang kreativiti untuk mencipta gerakan.. ini perkara yang perlu diberikan penekanan oleh pengurus Arsene Wenger..

Bahagian pertahanan sebagaimana yang dijangkakan mengalami gelombang tak tentu hala apabila bercelaru untuk mengekang asakan lawan.. ayuh Gunners bangkit..

Berfikir kembali.. mungkin ini sebenarnya satu rahmat buat The Gunners untuk tewas dan seri dalam dua perlawanan yang mudah.. ianya bagus supaya para pemain kembali tersentak dan bangkit melawan.. GEGAR!

Edisi 59: Liverpool cap ayam! SAH!

Ini merupakan gambar yang diperolehi dari rakan di Facebook. Walaupun sebenarnya dah lama gambar ini beredar di internet oleh pereka yang tidak diketahui.. namun sangat sesuai untuk dikongsikan semula.. yeha!


So Kopites jangan marah aaa.. huhu..

Wednesday, January 12, 2011

Edisi 58: Wonderkid sedang diuji di Cardiff City..

Perkembangan bolasepak Malaysia semakin pesat dengan pencapaian dan bakat pemain muda yang menonjol.. terkini ialah Tam Sheang Tsung.. pemain yang baru berusia 15 tahun sedang dinilai bakatnya oleh pasukan Cardiff City selama tiga bulan..


Beliau yang sedang beraksi di J-League bersama pasukan Sagan Tosu dijemput oleh Cardiff City untuk mengembangkan bakatnya.. semoga dia dapat peluang untuk menunjukkan bakat sebenarnya.. ALL THE BEST!

Edisi 57: Ben Foster buat lawak badut..

Bekas penjaga gol harapan Red Devils ini berjaya membadutkan dirinya dan sekaligus menjadi cemuhan para penyokong pasukan Birmingham City yang sedang diwakilinya.. 

Dalam pertemuan Birmingham City menentang West Ham, ianya berkesudahan West Ham berjaya menewaskan Birmingham City 2-1 setelah Ben Foster dengan mudah melepaskan gol rembatan dari Carlton Cole melalui CELAH KANGKANG beliau!


Mungkin dia perlu belajar dari Khairul Fahmi bagaimana untuk menjaga gawang! Tak pun mungkin Khairul Fahmi boleh berikan sehelai dua kain pelikat kepada Ben Foster! Haha..

Edisi 56: Carling Cup Semi Final..

Malam ini bakal berlangsung pertemuan antara Arsenal menentang Ipswich Town dalam perebutan untuk ke final Piala Liga (Carling Cup). The Gunners menjadi pasukan pilihan untuk memenangi piala tersebut setelah pasukan rivals seperti Chelsea dan Man United tersingkir..

Namun beberapa berita kecederaan agak merunsingkan seperti Thomas Vermaelen yang masih cedera di achilles dan memerlukan pembedahan serta rawatan sekurang-kurangnya lagi enam minggu.


Manakala seorang lagi pemain pertahanan Arsenal, Sebastian Squillaci juga mengalami kecederaan hamstring dan ini memaksa Le Prof untuk mendapatkan pemain pertahanan baru dalam mengekalkan keupayaan pertahanan Arsenal di tahap yang terbaik..


Walaupun begitu.. untuk pertembungan malam ini, dijangkakan Arsenal akan membelasah Ipswich Town yang turun tanpa Roy Keane selaku jurulatih yang dipecat.. haha..

Friday, January 7, 2011

Edisi 55: Nani dah mula eksen!.. UNBEATEN RECORD?

Anak Rusa Nani mudah jadi riak.. terkini dilaporkan Nani pemain sayap Manchester United dah mula berangan untuk cipta rekod 'unbeaten' untuk semusim sebagaimana yang pernah ARSENAL lakukan..


Biasalah.. Manchester United perlu mencontohi Arsenal untuk buat rekod tersebut.. kerana tiada pasukan lain yang mampu membuat rekod tersebut sebelum Arsenal..


Haha!

Thursday, January 6, 2011

Edisi 54: Manchester City si pengecut!

Pertemuan yang membosankan apabila pasukan Manchester City yang dibarisi oleh pemain BINTANG-LA-SANGAT bermain dengan corak pengecut.. serta bermain kasar untuk menyekat kreativiti pemain Arsenal..


Mereka bertahan sepanjang perlawanan untuk menyekat kemaraan serangan Arsenal.. dah serupa seperti BUS-PARKING-IN-FRONT-OF-GOAL! Purely stupid..


Terbukti memang Manchester City gerun dengan Arsenal.. sehinggakan Bacary Sagna yang cool pun jadi HANGIN SATU BADAN!..


Pablo Zabaleta sux! Hahaha.. keputusan akhir seri 0-0

Makluman

Untuk pengetahuan para pengikut dan pembaca Komik Sukan, pihak pentadbir meminta maaf kerana tiada update terbaru..

Ini berlaku kerana kesuntukan masa oleh pentadbir blog kerana perubahan jadual kerja. Ianya hanya sementara kerana proses penyesuaian masa.

Harap maklum dan minta maaf.

Monday, January 3, 2011

Edisi 53: Berterusan menangis wahai Chelsea..

Chelsea hampir saja menunjukkan peningkatan prestasi tetapi ianya hanyalah seketika.. ternyata kuda tua sememangnya lekas klimaks.. tak mampu nak bertahan lebih lama.. walaupun kemenangan hanyalah tinggal beberapa ketika saja lagi tetapi itulah Chelsea..


Uncle Roti kena balik jual roti nampaknya ni.. semenjak Ray Wilkins dipecat, prestasi Chelsea merudum tahap tenuk kena buasir.. apakan daya.. itulah kemegahan para penyokong Chelsea..


Petr Cech juga dikatakan semakin rabun sehinggakan gagal untuk menangkis serangan Aston Villa yang tak berapa nak bagus tu.. pemakaian sarung kepala seumpama Magneto juga tak memberikan apa-apa kelebihan pada kemampuan Petr Cech..


Chelsea dan penyokong mereka boleh melambai selamat tinggal kepada piala untuk musim kali ini.. kehkehkeh.. Blues la sangat..

Edisi 52: Birmingham diratah Arsenal..

Kenangan Eduardo diterjah masih lagi segar diingatan para peminat dan penyokong tegar Arsenal.. tetapi kali ini Birmingham menerima nasib yang berbeza..


Walaupun Birmingham berjaya menjinakkan Manchester United Setan Merah dengan keputusan seri tetapi kali ini mereka tak mampu mengekang asakan Arsenal yang dibarisi dengan pemain hebat seperti Fabregas, Robin van Persie, Samir Nasri, Bacary Sagna dan sebagainya..

Birmingham dihukum dengan 3 jaringan oleh van Persie dan Samir Nasri serta 1 gol sendiri oleh pemain Birmingham..


Bekas pemain Arsenal, A. Hleb gagal untuk melakukan apa-apa sumbangan yang mampu menyekat kemaraan The Gunners.. dan kita tahu Hleb amat menyesal meninggalkan Arsenal.. SERVE YOU WELL!

Sunday, January 2, 2011

Edisi 51: Seribu kali sayang!

Manchester United katanya menggunakan khidmat DUKUN! (kata penyokong dari Indonesia) kerana mereka terlalu bernasib baik.. 

Dan Wayne Rooney menjaringkan gol seawal minit ke 3.. 


Macam biasa, pengadil akan berat sebelah kepada Manchester United.. pengadil Chris Foy juga tidak terkecuali apabila tidak melayangkan kad merah kepada Gary Neville yang menjatuhkan Graham Dorrans..
Odemwingie penalti pun takleh nak masuk..

Keputusan penuh: WBA 1-2 Manchester United


Saturday, January 1, 2011

Edisi 50: Pakcik GOOGLE memang bijak!

Dengan kemajuan teknologi yang sedia ada, kita semakin mudah mendapatkan maklumat yang diingini.. terutamanya enjin carian Google.. sehinggakan ada yang menggelar Pakcik!

"Kalau kau tak tahu.. tanya aje pakcik google.. mesti dia jawab!" itulah antara perbualan kita hari ini apabila menghadapi masalah mendapatkan maklumat..

Dan ternyata Pakcik Google seorang yang bijak.. seperti gambar dibawah..

Foto kredit OhBulan!

Dan terbukti.. INDON pun tidak dipandang oleh Pakcik Google.. Did you mean MALAYSIA? Exactly! Haha..

Edisi 49: WBA bakal leburkan rekod Red Devils?

Kurang dari dua jam daripada artikel ini ditaip, pasukan West Bromwich Albion akan bertemu Manchester United dan ianya merupakan perlawanan pertama untuk tahun 2011 ini..

Apakah skuad Alex Ferguson mampu meneruskan rekod tanpa kalah mereka atau ianya akan lebur ditangan pasukan yang lemah?..


Mampukah Wayne Rooney mengembalikan kecemerlangan beliau? Atau Van Der Sar akan buat lawak badut sekali lagi?


Walau bagaimana cara sekalipun, pasti seteru Setan Merah akan bersorak kegirangan sekiranya Manchester United melingkup menentang WBA nanti..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...