Halaman

Tuesday, March 8, 2011

Edisi 64: Anak Rusa Nani


Pertembungan Liverpool menentang Manchester United tempohari benar-benar memberikan impak yang besar buat pasukan Red Devils terutamanya apabila pengurus Alex Ferguson sendiri enggan memberikan komen kepada akhbar selepas perlawanan..


Anak Rusa Nani pula dikhabarkan begitu berang apabila tiada sesiapapun dari kem Manchester United yang cuba menegaskan secara terbuka mengenai kekasaran Jamie Carragher.. pada hemat Komik Sukan! walaupun memang Anak Rusa Nani dikokak oleh Carragher tetapi pengadil Phil Dowd mungkin menyangkakan Anak Rusa Nani acting!


Inilah kesan daripada acting yang dilakukan sebelum ini.. so bila dah kena bebetul.. org dah tak percaya.. well deserved!.. so Nani.. keep crying!


p/s: Ingat tak kisah pengembala kambing yang suka menipu orang kampung? katanya kambingnya dibaham serigala.. tetapi apabila perkara tersebut benar-benar berlaku.. tiada sesiapa pun yang percaya..

Monday, March 7, 2011

Edisi 63: Kunyit ramuan terbaik tewaskan setan

Haha.. tajuk edisi kali ni memang menganjing.. tapi nasiblah.. dah kalah 3 bijik.. terimalah kenyataan.. Kenny Dalglish berjaya menemui resipi kemenangan menentang Manchester United atau lebih dikenali sebagai Red Devils.. bahasa melayunya -SETAN MERAH- haha.. tak gitu?

Ternyata rahsianya ialah KUNYIT!


Dan terbukti memang SETAN MERAH alergik kepada KUNYIT sebagaimana VAMPIRE takutkan bawang putih.. hihi.. teori konspirasi!


Dan kita semua tahu.. SETAN MERAH kena tapau 3 kali oleh KUNYIT!..

Edisi 62: Arsenal sekadar seri.. tapi Manchester United lingkup!

Pada perlawanan hari Sabtu, Arsenal hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sunderland yang berhempas pulas menjaga gawang mereka. Arsenal hampir membolosi gawang Sunderland tetapi penjaga gol mereka, Mignolet beraksi dengan sangat cemerlang!

Referee ternyata gagal mengawal mutu pengadilan apabila menafikan peluang penalti sewaktu Arshavin ditolak dari belakang.. BUTE!


Tetapi kedukaan itu tidak berpanjangan kerana pendahulu liga iaitu Manchester United tewas kepada Liverpool semalam. Dirk Kuyt menjadi wira The Kops apabila mencatat hatrik apabila mendapat assist daripada pemain terbaik perlawanan iaitu Suarez. Namun Nani juga berjaya mencatatkan assist kepada Kuyt.. haha.. keputusan akhir Liverpool 3-1 Manchester United.

Ini memberikan kelebihan kepada Arsenal yang dibezakan dengan 3 mata serta kurang 1 perlawanan.

Thursday, March 3, 2011

Edisi 61: Arsenal semakin menghampiri takhta..

Maaf.. itu ungkapan pertama yang harus dimulakan sebagai tanda memohon maaf kepada pembaca Komik Sukan! kerana kekangan waktu menyebabkan isu terbaru lewat diterbitkan.

Apapun.. pelbagai peristiwa telah berlaku dan yang terbaru ialah kemenangan 5-0 Arsenal keatas pasukan Leyton Orient. Walaupun Arsenal dikecewakan oleh Birmingham minggu lepas tetapi sedikit sebanyak ianya terubat dengan hatrik oleh Nicklas Bendtner serta jaringan Chamakh dan Clichy.


Berita terbaik ialah apabila Manchester United tewas dengan kebangkitan menarik daripada Chelsea setelah mereka ketinggalan 0-1. Sehinggakan Hantu Kak Limah yang balik rumah pun pilu pasukan kesayangannya tewas..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...