Halaman

Monday, December 27, 2010

Edisi 37: Chelsea bakal menangis di Emirates!

Jam 3.30 pagi nanti akan berlangsung perlawanan antara Arsenal menentang Chelsea di Stadium Emirates.. menjangkakan sebuah perlawanan yang rancak kerana kedua-dua pasukan memerlukan kemenangan untuk mencerahkan harapan menjuarai liga..

Namun berkemungkinan besar Chelsea akan mengalami kekecewaan kerana The Gunners pasti takkan berdiam diri dan akan mengekang jentera serangan skuad Blues tersebut..


Didier 'Dubuk Liar' Drogba pasti akan dikawal ketat supaya lebih jinak di Emirates.. John Terry dan Frank Lampard juga dikhabarkan telah fit untuk bermain..


Tetapi mereka pasti pulang menangis kerana The Gunners juga mempunyai Robin van Persie serta kapitan Fabregas yang kembali setelah dihantui kecederaan..

Jangkaan kami 2-0 kepada Arsenal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...