Halaman

Saturday, April 24, 2010

Edisi 11: W. Szczesny, K. Toure, Adebayor & Viera - Sebelum & Selepas..

Kata Prof. Wenger, Szczesny (macam mana nak sebut aku pun taktau) bakal menjadi penjaga gol utama pasukan Arsenal. Kini beliau sedang dipinjamkan semusim bersama Brentford. Prestasinya memuncak dan mendapat pelbagai pujian daripada para pemerhati sukan. Adakah Zesny (pendek sikit nama) mampu menjadi penjaga gawang Arsenal yang kental sebagaimana Seamann dan Lehmann suatu masa dulu?


Kolo Toure merupakan bekas pemain Arsenal yang telah merajuk membawa diri ke Manchester City apabila dikatakan bertegang lidah dengan William Gallas. Toure merupakan pemain terakhir dari era The Invincible yang meninggalkan Arsenal. Malam ini beliau akan beraksi bersama Arsenal tetapi sebagai musuh..

Patrick Viera, bekas kapten Arsenal yang mengemudi pasukan dengan kejayaan bersejarah sehinggakan digelar The Invincibles apabila melakukan semusim tanpa kalah 49 perlawanan berturutan. Kini dia juga menjadi pemain Manchester City tetapi pada usia sekarang, mungkin kesannya hanyalah kecil..

Adebayor yang pernah disanjung oleh para penyokong Arsenal kini menjadi musuh utama The Gunners. Ini kerana sikap dan perangainya yang seumpama kacang lupakan kulit, monyet lupakan pisang dan pelbagai lagi peribahasa atau peribumi atau apa sahaja yang dirasakan sesuai.


Adebayor telah menjadi duri yang berbisa untuk Arsenal pada perlawanan sebelum ini dan apakah akan menjadi duri dalam daging pada perlawanan malam nanti?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...