Halaman

Sunday, December 19, 2010

Edisi 27: Malaysia melangkah ke final Piala AFF Suzuki

Setelah mencatatkan kejayaan 2-0 di Stadium Bukit Jalil tempohari, skuad Malaysia turun menentang Vietnam untuk pusingan kedua dalam sasaran untuk mempertahankan kelebihan 2 gol tersebut. Ternyata percaturan jurulatih K. Rajagopal untuk bertahan berjaya menyekat kemaraan pihak lawan.

Namun terdapat beberapa detik cemas tetapi penjaga gol Malaysia bertindak dengan sangat cemerlang untuk menafikan peluang Vietnam. Kunanlan beraksi dengan baik untuk menyekat serangan bertali arus daripada Vietnam. Beberapa serangan balas yang dilakukan oleh Malaysia pula kurang menyengat kerana kekurangan sokongan untuk Safee Sali dibahagian hadapan.

Jurulatih Vietnam, Henrique Callisto begitu berang dengan prestasi anak buahnya sewaktu perlawanan lepas sehinggakan beliau memberikan amaran keras kepada penjaga gol mereka untuk beraksi dengan lebih baik.


Walaupun permainan yang ditunjukkan oleh Vietnam amat merbahaya namun pujian harus diberikan kepada semua pemain Malaysia yang beraksi dengan penuh disiplin mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Para pemain Vietnam begitu tertekan untuk mendapatkan gol sehingga menyebabkan mereka hilang sabar dan bertindak agak ganas.

Pada separuh masa kedua, seorang pemain Vietnam dilayangkan kad kuning kedua setelah berpura-pura dibentes oleh Kuna walaupun sebenarnya Kuna menahan kakinya daripada menyepak. Insiden itu dilihat dengan jelas oleh pengadil dan beliau melayangkan hukuman yang amat bersesuaian.

Perlawanan menjadi semakin rancak kerana pemain Malaysia mula berani untuk menyerang dan sehingga ke akhir perlawanan masih terikat 0-0.


Pemain Malaysia disambut sebagai wira setelah berjaya melangkah ke final selepas melakukannya 14 tahun dulu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...