Halaman

Saturday, December 25, 2010

Edisi 33: Malaysia - Tanah tumpah darahku..

Menjelang pertemuan akhir antara Malaysia vs Indonesia dalam saingan merebut Piala AFF Suzuki untuk julung kali kepada kedua-dua pasukan.. skuad Malaysia dikhabarkan begitu bersemangat dan bersiap sedia untuk menggempur kubu lawan yang ternyata masih ampuh sehingga setakat ini..

Walaupun Malaysia tewas pada saingan kumpulan sebelum ini kepada Indonesia namun ianya bakal berubah esok.. para pemain dan penyokong percaya skuad bimbingan K. Rajagopal mampu menghasilkan kemenangan yang diimpikan sekiranya mereka berjaya mengikut disiplin perancangan daripada jurulatih yang berwibawa tersebut.


Safee Sali bakal digalaskan dengan tanggungjawab besar untuk merobek gawang Indonesia dan pastinya ia satu tugasan yang amat berat kerana pemain Indonesia sedar akan kemampuan Safee Sali.. mereka akan cuba untuk mengekang pergerakan serangan Malaysia..


Sama-sama kita mendoakan kejayaan gemilang untuk Malaysia!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...