Malam tadi berlangsung perlawanan antara Liverpool menentang Chelsea di Anfield. Ianya satu pertembungan yang menarik kerana Chelsea sedang semakin menghampiri kejuaraan liga manakala Liverpool pula sedang bergelut mencari rentak kejayaan.
Walau bagaimanapun, kemanisan yang dicari oleh Gerrard dan rakan sepasukan nampaknya masih belum tiba apabila Steven Gerrard sendiri yang melakukan kesilapan dengan melorongkan bola ke belakang lalu disambar dengan pantas oleh Didier Drogba. Itulah kenyataannya bahawa Gerrard tu pun bengap tahap gaban.
Frank Lampard pula menambah bisa apabila menjaringkan gol menewaskan Pepe Reina apabila mendapat lorongan cantik daripada Nicolas 'Bilal' Anelka. Ternyata Liverpool gagal menyaingi kehebatan Chelsea.
Benayoun cuba mengasak namun tidak terdaya apabila Kalou berlari dengan amat pantas berserta gaya potongan rambut yang terkini.
Showing posts with label benayoun. Show all posts
Showing posts with label benayoun. Show all posts
Monday, May 3, 2010
Friday, April 30, 2010
Edisi 15: Liverpool kecewa & Fulham bergembira..
Liverpool telah dikeluarkan oleh Atletico Madrid. Walaupun memenangi perlawanan 2-1 namun agregat jaringan memihak kepada Atletico Madrid. Aquilani menyamakan agregat dan perlawanan memasuki peringkat masa tambahan, Benayoun pula mengambil giliran menjaringkan gol menyaksikan tuan rumah mendahului namun pada saat akhir Diego Forlan menyumbat masuk dan membawa Atletico Madrid ke finale Europa Cup.
Kesudahan yang amat diraikan oleh Diego Forlan dan para penyokong Atletico Madrid. Kepiluan ternyata menyelubungi The Kop (atau The Corpse).. huhu
Fulham pula berjaya menundukkan Hamburg dengan kemenangan 2-1 hasil jaringan Simon Davies dan Zoltan Gera. Ianya adalah satu pencapaian yang mengagumkan oleh Fulham sebagai wakil England yang berjaya diperingkat Eropah.
Apabila ditanyakan pada pengurus Fulham, Roy Hodgson mengenai resipi kejayaan ini maka dengan selamba kodok beliau menjawab, "PAKAI OTAKLAH BRO!"..

Labels:
aquilani,
atletico madrid,
benayoun,
forlan,
fulham,
gera,
hamburg,
liverpool,
roy hodgson,
zamora
Subscribe to:
Posts (Atom)