Halaman

Showing posts with label etoo. Show all posts
Showing posts with label etoo. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Edisi 14: Jose Maurinho - Pimpin Inter Milan ke final UCL

Jose Maurinho terbukti berjaya menyekat Barcelona daripada melangkah ke final UCL setelah menjuarainya pada edisi lepas. Walaupun Inter Milan tewas 0-1 digelanggang keramat Nou Camp namun ianya tidak memadai untuk Barcelona melangkah lagi. Inter Milan terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Thiago Motta dilayangkan kad merah seawal minit ke 30 permainan.


Statistik perlawanan menunjukkan Barcelona menguasai permainan hampir 75% kawalan namun gagal membolosi gawang Inter yang dibenteng dengan ampuh. Inter Milan hanya mampu menangkis serangan dan tidak berupaya untuk mengatur serangan.

Pasti Samuel Eto'o kegembiraan yang teramat sangat setelah berjaya untuk ke final kali ini. Zlatan pula memiliki nasib berbeza. Mungkin dia sangka akan merasai final apabila beraksi bersama Barca namun ianya tinggal impian. TAHNIAH untuk INTER MILAN!

Wednesday, April 21, 2010

Edisi 5: S. Eto'o & S. Keita - Inter Benam Barca! 3-1


Ternyata anak buah Jose Maurinho bangkit setelah ketinggalan 0-1 hasil jaringan Pedro. Walaupun Samuel Eto'o tidak menjaringkan gol namun pasti beliau bangga dengan pencapaian pasukannya menewaskan bekas kelab yang meminggirkan dirinya.


Zlatan Ibrahimovic pasti tak tahu mana nak letak muka dengan kekalahan tersebut.


Maurinho pula menegaskan bahawa Barcelona sememangnya tidak sedarkan diri kerana sibuk menuntut supaya diberikan penalti. Ianya berdasarkan peristiwa pasukan bimbingan Maurinho sebelum ini (Chelsea) juga pernah mengalami nasib seperti itu menentang Barca.


Inilah hukum karma.. what goes around.. comes around.

Edisi 4: Z. Ibrahimovic & S. Eto'o - Pertembungan



Pertembungan antara Barcelona dan Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara UEFA akan menyaksikan dua pemain utama yang berpindah pasukan. Zlatan Ibrahimovic ke Barcelona daripada Inter Milan manakala Samuel Eto'o daripada Barcelona ke Inter Milan. Pastinya kedua-dua pemain mahu membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik. Terutamanya Eto'o yang ditukarkan ke Inter Milan oleh Barcelona kerana mahu mendapatkan Ibrahimovic.

Seandainya Eto'o dapat menenggelamkan Barcelona, pasti mereka akan berputih mata dan menyesali tindakan menjual Eto'o ke Inter Milan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...