Halaman

Sunday, April 25, 2010

Edisi 12: E. Adebayor & K. Toure - Kembali ke Emirates dan pulang kecewa!


Perlawanan antara Arsenal dan Manchester City berkesudahan 0-0. Manchester City kelihatan hilang sengat dengan corak permainan yang lebih bertahan dan mengharapkan serangan balas. Manakala Arsenal yang bermain kemas tetapi tiada penyudah yang cukup tajam untuk menembusi gawang Man City.


Walaupun van Persie mengetuai pasukan namun ternyata dia dikawal ketat oleh Kolo Toure. Abou Diaby pula dikekang oleh Viera. Shay Given terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada bahu setelah cubaan dari Abou Diaby berjaya ditepis keluar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...