PEDIH! memang pedih.. nampak sangat team Arsenal season ni fragile dan seriously BAD LUCK!.. 2 own goal? can you believe that! cuma minit-minit terakhir tu baru nampak Arsenal bersungguh attacking dan formation pun berubah 4-4-2 dengan gandingan RvP serta Chamakh mempamerkan serangan yang berbisa..
Tapi dah terlalu lewat..
Chris Samba membuktikan kenapa dia begitu prolifik dan seharusnya dibeli semasa musim perpindahan yang lepas.. mengekang asakan lawan.. dan berjaya mengasak dan membuahkan gol dari kesilapan Alex Song..
Season ni memang memedihkan untuk gooners.. dan gunners tentunya!
Showing posts with label arsenal. Show all posts
Showing posts with label arsenal. Show all posts
Saturday, September 17, 2011
Wednesday, September 14, 2011
Edisi 65: Kelab Penyokong Tegar Arsenal
Kelab Penyokong Tegar Arsenal (Arsenal Hardcore Supporters Club) atau singkatannya KPTA adalah group yang berkembang dengan pesat dan pantas di facebook. Ianya sangat meriah dan bersuasana yang positif.
Dibawah ialah logo serta wallpaper yang dibuatkan khas utk rakan-rakan di KPTA.
Kesemua wallpaper diatas bersaiz 1280x800 pixels. Kalau suka sila ambil dan gunakan :) Ini juga sebagai hadiah kerana dah lama sangat tak update Komik Sukan!
Dibawah ialah logo serta wallpaper yang dibuatkan khas utk rakan-rakan di KPTA.
![]() |
Logo KPTA |
![]() |
Wallpaper #1 - Plain dan simple. |
![]() |
Wallpaper #2 - Victoria Concordia Crescit & Crest 125 |
![]() |
Wallpaper #3 - KPTA + Harimau Malaya |
Labels:
arsenal,
harimau malaya,
kelab penyokong tegar arsenal,
kpta
Thursday, December 30, 2010
Edisi 43: Lee Probert pengadil bengap!
Pagi tadi Arsenal hanya mampu mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan pasukan tuan rumah Wigan Athletic. Ianya gara-gara keputusan pengadil yang ternyata berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada Wigan untuk mendahului 1-0 melalui sepakan penalti..
Laurent Koscielny disalahkan kerana membentes di dalam kotak penalti tetapi melalui tayangan semula ternyata kaki Koscielny SIDIKIT PUN tidak kena kepada pemain Wigan tersebut.. PURELY BULLSHIT!
Arshavin dan Bendtner berjaya mendapatkan dua gol untuk Arsenal tetapi kesilapan Squillaci menjaringkan gol sendiri ternyata begitu menyedihkan..
Namun pada minit akhir perlawanan seharusnya Arsenal diberikan sepakan penalti apabila tendangan percuma yang diambil oleh Samir Nasri telah ditampan dengan menggunakan tangan oleh pemain Wigan..
Ianya berlaku dengan jelas tetapi pengadil yang bengap tahap gaban tidak mengendahkannya..
LEE PROBERT such an ignorant..
Labels:
arsenal,
lee probert suck,
wigan
Saturday, December 18, 2010
Edisi 25: Arsenal vs Stoke City - Misi balas dendam!
Menjelang pertemuan antara Arsenal menentang Stoke City. Pastinya memori Aaron Ramsey patah kaki diterjah oleh Ryan Shawcross masih lagi segar di ingatan para pemain dan peminat. Adalah dijangkakan Ryan Shawcross akan menerima ejekan dan provokasi yang melampau dari para penyokong Arsenal.
Gandingan Fabregas dan van Persie dijangkakan akan menjadi taruhan untuk menebus dendam terhadap Stoke City. Dendam mesti dibalas namun dengan penuh terhormat iaitu melalui kemenangan! Ini Arsenal.. bukan pasukan bermoral rendah untuk mematahkan kaki orang lain..
Pasukan Arsenal berazam untuk memastikan Ryan Shawcross pulang dengan hampa dan mungkin jika boleh dia pulang dalam keadaan menangis sebagaimana gambar dibawah.
Dan Theo Walcott dijangka akan menjaringkan gol untuk perlawanan ini. Beliau memerlukan masa untuk bermain dan membuktikan kualiti dirinya untuk mendapat kepercayaan penuh daripada Arsene Wenger.
Komik Sukan menjangkakan kemenangan berpihak kepada Arsenal 3-0.
Gandingan Fabregas dan van Persie dijangkakan akan menjadi taruhan untuk menebus dendam terhadap Stoke City. Dendam mesti dibalas namun dengan penuh terhormat iaitu melalui kemenangan! Ini Arsenal.. bukan pasukan bermoral rendah untuk mematahkan kaki orang lain..
Pasukan Arsenal berazam untuk memastikan Ryan Shawcross pulang dengan hampa dan mungkin jika boleh dia pulang dalam keadaan menangis sebagaimana gambar dibawah.
Dan Theo Walcott dijangka akan menjaringkan gol untuk perlawanan ini. Beliau memerlukan masa untuk bermain dan membuktikan kualiti dirinya untuk mendapat kepercayaan penuh daripada Arsene Wenger.
Komik Sukan menjangkakan kemenangan berpihak kepada Arsenal 3-0.
Thursday, May 20, 2010
Edisi 20: Kecoh Barcelona Mahukan Fabregas!
Apakah ini yang dimahukan oleh Barcelona? Pastinya mereka mahukan Fabregas untuk menyertai Barca namun terlalu tipis harapan tersebut memandangkan Fabregas merupakan seorang pemain yang berkaliber dan akan menghormati kontraknya bersama Arsenal.
Tuesday, May 4, 2010
Edisi 17: Babianski buat lawak lagi!
Semalam.. kisah sedih buat penyokong The Gunners dengan kekalahan 2-1 kepada Blackburn Rovers di Ewood Park. Walaupun telah mendahului lebih awal dengan jaringan Robin van Persie tapi selepas itu kelihatan para pemain hilang fokus dan terlebih konfiden membuli Blackburn Rovers.
Namun kenyataannya apabila diserang, Babianski berjaya membangangkan dirinya sekali lagi dengan memboloskan dua jaringan mudah.
Entry hari ni takde penambahan apa-apa untuk dikomikkan kerana ianya dah 'cukup' lawak! memang babianski..
Arsenal kini dihantui sekiranya tewas kepada Fulham, maka kedudukan tempat ketiga akan terjejas kalau Spurs berjaya menang kedua-dua perlawanan mereka. Rumusannya, bengap betul Babianski tu dan bengap juga Prof. Wenger letak kepercayaan kat dia serta bengapnyer kita yang menyaksikan perlawanan tersebut.
Namun kenyataannya apabila diserang, Babianski berjaya membangangkan dirinya sekali lagi dengan memboloskan dua jaringan mudah.
Entry hari ni takde penambahan apa-apa untuk dikomikkan kerana ianya dah 'cukup' lawak! memang babianski..
Arsenal kini dihantui sekiranya tewas kepada Fulham, maka kedudukan tempat ketiga akan terjejas kalau Spurs berjaya menang kedua-dua perlawanan mereka. Rumusannya, bengap betul Babianski tu dan bengap juga Prof. Wenger letak kepercayaan kat dia serta bengapnyer kita yang menyaksikan perlawanan tersebut.
Sunday, April 25, 2010
Edisi 12: E. Adebayor & K. Toure - Kembali ke Emirates dan pulang kecewa!
Perlawanan antara Arsenal dan Manchester City berkesudahan 0-0. Manchester City kelihatan hilang sengat dengan corak permainan yang lebih bertahan dan mengharapkan serangan balas. Manakala Arsenal yang bermain kemas tetapi tiada penyudah yang cukup tajam untuk menembusi gawang Man City.
Walaupun van Persie mengetuai pasukan namun ternyata dia dikawal ketat oleh Kolo Toure. Abou Diaby pula dikekang oleh Viera. Shay Given terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan pada bahu setelah cubaan dari Abou Diaby berjaya ditepis keluar.
Saturday, April 24, 2010
Edisi 11: W. Szczesny, K. Toure, Adebayor & Viera - Sebelum & Selepas..
Kata Prof. Wenger, Szczesny (macam mana nak sebut aku pun taktau) bakal menjadi penjaga gol utama pasukan Arsenal. Kini beliau sedang dipinjamkan semusim bersama Brentford. Prestasinya memuncak dan mendapat pelbagai pujian daripada para pemerhati sukan. Adakah Zesny (pendek sikit nama) mampu menjadi penjaga gawang Arsenal yang kental sebagaimana Seamann dan Lehmann suatu masa dulu?
Patrick Viera, bekas kapten Arsenal yang mengemudi pasukan dengan kejayaan bersejarah sehinggakan digelar The Invincibles apabila melakukan semusim tanpa kalah 49 perlawanan berturutan. Kini dia juga menjadi pemain Manchester City tetapi pada usia sekarang, mungkin kesannya hanyalah kecil..
Adebayor yang pernah disanjung oleh para penyokong Arsenal kini menjadi musuh utama The Gunners. Ini kerana sikap dan perangainya yang seumpama kacang lupakan kulit, monyet lupakan pisang dan pelbagai lagi peribahasa atau peribumi atau apa sahaja yang dirasakan sesuai.
Adebayor telah menjadi duri yang berbisa untuk Arsenal pada perlawanan sebelum ini dan apakah akan menjadi duri dalam daging pada perlawanan malam nanti?
Tuesday, April 20, 2010
Edisi 2: Łukasz Fabiański - BengapSki
Łukasz Fabiański merupakan seorang pemain bolasepak di posisi penjaga gol yang berasal daripada Poland. Kini sedang beraksi untuk pasukan Arsenal FC di liga perdana Inggeris sebagai pilihan kedua selepas Almunia. Walaupun pernah dikatakan sebagai penjaga gol yang mampu menggalas tugasan dengan cemerlang namun berdasarkan prestasi terkini semua itu hanyalah igauan.
Fabianski hanyalah seorang pelawak diatas padang.
Edisi 1: Manuel Almunia - Almengelamunia
Salam sejahtera semua. Ini merupakan sebuah hasil karya kreatif dari pemilik blog sekadar untuk suka-suka. Walaupun pemilik blog adalah penyokong pasukan Arsenal yang tegar namun idea untuk membuat blog sebegini dirasakan mampu meningkatkan daya kreativiti dan juga sebagai tempat luahan melalui medium yang berbeza.
Manuel Almunia merupakan seorang pemain yang berasal dari Sepanyol. Kini beraksi sebagai penjaga gawang nombor satu untuk Arsenal. Beliau pernah menunjukkan prestasi cemerlang ketika berebutkan tanggungjawab penjaga gol utama dengan Jens Lehmann namun setelah diberikan tugasan tersebut, ternyata Almunia lebih kerap mengelamun daripada menjaga gol.
Pelbagai kesilapan bodoh telah dilakukan yang menyebabkan Arsenal tersungkur dan teknik melakukan kesilapan bodoh itu telah diturunkan kepada Fabianski pula.
Subscribe to:
Posts (Atom)