Halaman

Tuesday, May 4, 2010

Edisi 17: Babianski buat lawak lagi!

Semalam.. kisah sedih buat penyokong The Gunners dengan kekalahan 2-1 kepada Blackburn Rovers di Ewood Park. Walaupun telah mendahului lebih awal dengan jaringan Robin van Persie tapi selepas itu kelihatan para pemain hilang fokus dan terlebih konfiden membuli Blackburn Rovers.

Namun kenyataannya apabila diserang, Babianski berjaya membangangkan dirinya sekali lagi dengan memboloskan dua jaringan mudah.
Entry hari ni takde penambahan apa-apa untuk dikomikkan kerana ianya dah 'cukup' lawak! memang babianski..

Arsenal kini dihantui sekiranya tewas kepada Fulham, maka kedudukan tempat ketiga akan terjejas kalau Spurs berjaya menang kedua-dua perlawanan mereka. Rumusannya, bengap betul Babianski tu dan bengap juga Prof. Wenger letak kepercayaan kat dia serta bengapnyer kita yang menyaksikan perlawanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...