Halaman

Tuesday, March 8, 2011

Edisi 64: Anak Rusa Nani


Pertembungan Liverpool menentang Manchester United tempohari benar-benar memberikan impak yang besar buat pasukan Red Devils terutamanya apabila pengurus Alex Ferguson sendiri enggan memberikan komen kepada akhbar selepas perlawanan..


Anak Rusa Nani pula dikhabarkan begitu berang apabila tiada sesiapapun dari kem Manchester United yang cuba menegaskan secara terbuka mengenai kekasaran Jamie Carragher.. pada hemat Komik Sukan! walaupun memang Anak Rusa Nani dikokak oleh Carragher tetapi pengadil Phil Dowd mungkin menyangkakan Anak Rusa Nani acting!


Inilah kesan daripada acting yang dilakukan sebelum ini.. so bila dah kena bebetul.. org dah tak percaya.. well deserved!.. so Nani.. keep crying!


p/s: Ingat tak kisah pengembala kambing yang suka menipu orang kampung? katanya kambingnya dibaham serigala.. tetapi apabila perkara tersebut benar-benar berlaku.. tiada sesiapa pun yang percaya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...