Halaman

Monday, March 7, 2011

Edisi 62: Arsenal sekadar seri.. tapi Manchester United lingkup!

Pada perlawanan hari Sabtu, Arsenal hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 menentang Sunderland yang berhempas pulas menjaga gawang mereka. Arsenal hampir membolosi gawang Sunderland tetapi penjaga gol mereka, Mignolet beraksi dengan sangat cemerlang!

Referee ternyata gagal mengawal mutu pengadilan apabila menafikan peluang penalti sewaktu Arshavin ditolak dari belakang.. BUTE!


Tetapi kedukaan itu tidak berpanjangan kerana pendahulu liga iaitu Manchester United tewas kepada Liverpool semalam. Dirk Kuyt menjadi wira The Kops apabila mencatat hatrik apabila mendapat assist daripada pemain terbaik perlawanan iaitu Suarez. Namun Nani juga berjaya mencatatkan assist kepada Kuyt.. haha.. keputusan akhir Liverpool 3-1 Manchester United.

Ini memberikan kelebihan kepada Arsenal yang dibezakan dengan 3 mata serta kurang 1 perlawanan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...