Halaman

Thursday, May 20, 2010

Edisi 20: Kecoh Barcelona Mahukan Fabregas!

Apakah ini yang dimahukan oleh Barcelona? Pastinya mereka mahukan Fabregas untuk menyertai Barca namun terlalu tipis harapan tersebut memandangkan Fabregas merupakan seorang pemain yang berkaliber dan akan menghormati kontraknya bersama Arsenal.

Thursday, May 6, 2010

Edisi 19: F. Lampard, J. Terry & D. Drogba - Insiden memalukan

Satu insiden yang memalukan! Ternyata Lampard dan Terry mempunyai hubungan yang lebih sekadar kawan sepasukan! Gambar diatas menceritakan segalanya..

Ianya menyebabkan Drogba mengigit jari kerana apa? Hanya dia sendiri yang mengetahui..

Wednesday, May 5, 2010

Edisi 18: Dimitar Berbatov - Pemain termahal Man Utd

Dimitar Berbatov merupakan pemain penyerang yang amat mahal dibeli oleh Man Utd daripada pasukan Tottenham Hotspurs. Namun apa yang mengecewakan ialah Berbatov gagal mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad Red Devils. Beberapa kajian dilakukan untuk mengenal pasti apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh Berbatov dan hasilnya amat memeranjatkan. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi, gambar dibawah membawa bukti dan menerangkan siapa sebenarnya Dimitar Berbatov.

Rupa-rupanya Berbatov CACAT! SPASTIK! dan sebagainya..

Tuesday, May 4, 2010

Edisi 17: Babianski buat lawak lagi!

Semalam.. kisah sedih buat penyokong The Gunners dengan kekalahan 2-1 kepada Blackburn Rovers di Ewood Park. Walaupun telah mendahului lebih awal dengan jaringan Robin van Persie tapi selepas itu kelihatan para pemain hilang fokus dan terlebih konfiden membuli Blackburn Rovers.

Namun kenyataannya apabila diserang, Babianski berjaya membangangkan dirinya sekali lagi dengan memboloskan dua jaringan mudah.
Entry hari ni takde penambahan apa-apa untuk dikomikkan kerana ianya dah 'cukup' lawak! memang babianski..

Arsenal kini dihantui sekiranya tewas kepada Fulham, maka kedudukan tempat ketiga akan terjejas kalau Spurs berjaya menang kedua-dua perlawanan mereka. Rumusannya, bengap betul Babianski tu dan bengap juga Prof. Wenger letak kepercayaan kat dia serta bengapnyer kita yang menyaksikan perlawanan tersebut.

Monday, May 3, 2010

Edisi 16: Mr. Liverpool buat perangai

Malam tadi berlangsung perlawanan antara Liverpool menentang Chelsea di Anfield. Ianya satu pertembungan yang menarik kerana Chelsea sedang semakin menghampiri kejuaraan liga manakala Liverpool pula sedang bergelut mencari rentak kejayaan.

Walau  bagaimanapun, kemanisan yang dicari oleh Gerrard dan rakan sepasukan nampaknya masih belum tiba apabila Steven Gerrard sendiri yang melakukan kesilapan dengan melorongkan bola ke belakang lalu disambar dengan pantas oleh Didier Drogba. Itulah kenyataannya bahawa Gerrard tu pun bengap tahap gaban.

Frank Lampard pula menambah bisa apabila menjaringkan gol menewaskan Pepe Reina apabila mendapat lorongan cantik daripada Nicolas 'Bilal' Anelka. Ternyata Liverpool gagal menyaingi kehebatan Chelsea.


Benayoun cuba mengasak namun tidak terdaya apabila Kalou berlari dengan amat pantas berserta gaya potongan rambut yang terkini.

Sunday, May 2, 2010

Edisi 16: T. Sorensen - Raksasa menakluk England!

Aksi dua Ultraman cuba menyelamatkan Sorensen daripada serangan ganas oleh raksasa.

Nampaknya England juga telah menjadi sasaran kepada serangan raksasa yang cuba mengkucar-kacirkan dunia. Inilah kenyataan yang perlu kita hadapi di zaman semakin maju ini. Namun plot jahat oleh raksasa bersikap kejam tersebut berjaya ditangkis dengan cemerlang oleh dua lelaki keturunan Ultraman.

Tindakan pantas tersebut berjaya melemahkan raksasa yang seterusnya mengambil keputusan untuk berundur diri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...