Halaman

Saturday, December 18, 2010

Edisi 25: Arsenal vs Stoke City - Misi balas dendam!

Menjelang pertemuan antara Arsenal menentang Stoke City. Pastinya memori Aaron Ramsey patah kaki diterjah oleh Ryan Shawcross masih lagi segar di ingatan para pemain dan peminat. Adalah dijangkakan Ryan Shawcross akan menerima ejekan dan provokasi yang melampau dari para penyokong Arsenal.

Gandingan Fabregas dan van Persie dijangkakan akan menjadi taruhan untuk menebus dendam terhadap Stoke City. Dendam mesti dibalas namun dengan penuh terhormat iaitu melalui kemenangan! Ini Arsenal.. bukan pasukan bermoral rendah untuk mematahkan kaki orang lain..


Pasukan Arsenal berazam untuk memastikan Ryan Shawcross pulang dengan hampa dan mungkin jika boleh dia pulang dalam keadaan menangis sebagaimana gambar dibawah.


Dan Theo Walcott dijangka akan menjaringkan gol untuk perlawanan ini. Beliau memerlukan masa untuk bermain dan membuktikan kualiti dirinya untuk mendapat kepercayaan penuh daripada Arsene Wenger.


Komik Sukan menjangkakan kemenangan berpihak kepada Arsenal 3-0.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...