TERBAIK! Itulah yang mampu diluahkan dengan kemenangan 3-0 terhadap pasukan Indonesia.. ianya merupakan perlawanan yang begitu emosional untuk kedua-dua negara kerana pelbagai lembaran peristiwa dan sejarah..
Skuad bimbingan K. Rajagopal membuktikan mereka benar-benar komited dan sungguh berdisiplin dalam permainan sehingga menghasilkan 3 gol! Namun beberapa peristiwa sedikit mencalar kerana insiden pancaran laser.. dikhabarkan Magneto dan rakan-rakannya berada di Stadium Bukit Jalil.. kerana itulah terdapat pancaran laser dari Cyclops X-Men.. haha.. jangan percaya ok!
Apapun insiden laser ini sebenarnya dimulakan oleh penyokong Indonesia sendiri sewaktu perlawanan peringkat kumpulan dimana Malaysia tewas 1-5.. sila lihat video..
Dan akhirnya mereka sendiri yang menerima padah! Pastinya penyokong Indonesia sedang menangis bagaikan anak kecil yang dicukur botak kepalanya..3-0!! Memang pedih..
Satu lagi perkara yang menjadi kebanggaan Malaysia ialah KETULENAN!.. Skuad Malaysia dibarisi oleh anak tempatan dan jurulatih tempatan.. bermakna 100% tenaga tempatan.. manakala skuad Indonesia semuanya cuba diimport dari luar..
Jurulatih berbangsa import.. dan penyerang utama mereka juga berbangsa import.. sudahkah mereka kehabisan rakyat untuk dipilih sebagai pemain? Dayus..
No comments:
Post a Comment